tayangan gambar

Loading...

Ahad, 5 Februari 2012

Memanah Gelora Minda

Puisi
Memanah Gelora Minda

Telah kubawa makrifat dari tujuh langit


memanah gelora lautan minda di kamar bertuah itu


ada ilusi bermain laju pantas memakan masa


sekeping kepingan hati berlogam emas


dan secalit darah membasahi kecubung langit malam


dalam sepanjang derita yang pasrah


nyata dan patah.



( e- sastera.com )


28.1.2012 ( Sabtu )


Eziz Shukman,


Penjara Kajang,


Selangor.





Jumaat, 1 Julai 2011

Sejalur Sinar

Puisi


SEJALUR SINAR

Biarkan pagi ini melapah rindu dendam
agar daun-daun berguguran di laman tanggamu
mengenal erti kasih terbuku itu
adalah antara kita yang sering bercanda
di kelopak helaian bunga bunga cinta berliku.



Bahasa burung di kancah awan
bermandi resah di hujung langit basah
masih segar menyahut kota mimpi
yang terbenam dalam lumpur hitam
adalah kita antara yakin dan pasti
mengejar jaluran sinar pagi
ketika mudiknya sunyi sepi
belayar perlahan-lahan meninggalkan retak kota kaca
di sudut dinding yang bisu itu.



Berdendang sunyi helaian daun semalu
di kota hati pabila pawana jingga tersenyum di gigi lautan
menyahut batinku agar pulanglah
ke sini membina semangat jatidiri
mengharumi setanggi di taman kamarmu
yang setia mentari di dinding langit.


( Taman Wira Jaya, Penjara Kajang )



Eziz Shukman,
Penjara Kajang, Selangor.

Sabtu, 14 Mei 2011

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku




Sajak

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku


Engkau mengalas kudrat dalam derita
senyummu ibarat air menghilangkan haus tatkala di padang Sahara
kusayungi budimu luhur sepanjang hayat
ketika ayah bertarung dengan maut
kulihat pedang malaikat melibas laju
tercungap khalimah syahdah ibu bisikan di cuping telinga layu ayah.


Ibu engkaulah ratu mustika hatiku
kutatang bahasa susilanya ke langit Allah
agar terbukalah pintu Syurga
memagar rindu sayu setelah patah dahan tempat bergantung harap
ketika engkau kerinduan
akulah satu-satu tempatku mengikat tulang empat keratnya.


Ibu engkaulah ratu hatiku
selama mana jasadku bersemadi kelak
setitik air susumu tiada tandingannya
penghilang rasa hausku di Padang Masyhar nanti.



Eziz Shukman,
Penjara Kajang,
Selangor.



e-sastera.com 15.5.2011 ( Ahad )

Khamis, 17 Februari 2011

Catatan Perjalanan Slideshow

Catatan Perjalanan Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Catatan Perjalanan Slideshow ★ to by Fraser Hill Memory. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Selasa, 30 November 2010

Kutembusi Makrifat-Mu

SAJAK

KUTEMBUSI MAKRIFAT-MU
Tatkala perjalanan berlabuh senja
ada darah cair di lidahmu nur berahi
terlipat dalam mangga yang terkunci di Arasy
beduk kulit kibas terhampar di gunung bathin roh
memutih kalam suci mengalir ke dinding kubur nurani
mata pena berbunga emas direntap perlahan
sehelai selendang Tuhan terikat kemas dan rapi
lalu bingkisan sekuntum kemboja biru
tenggelam lemas dalam degup nafas-nifsi itu.

Kuselak perlahan gua firdaus
melihat dengan bathin alam makrifat-Mu itu
ada Muhammad menghampar sejadah di bawah kubah emas
bertatah yakut yang bergolek turun
lagi memenuhi aspa gula kapas di bumbung langit itu
tatkala hujan merah menitik cahaya pelngi
menembusi perisai bumi anak Adam.

Kutembusi makrifat bathin itu
dan kutarik panjang tangan syurga mencium solat
lalu balada biru menatap kecubung merekah tenggelam dalam illusi
perlahan senafas gerak sehati nyata
enggan pecah kaca kubah dalam laut
yang tersurat itu abid membilang nur tasbih susu
samajadi dengan Al -Kausyar
dicurahnya perlahan ke kerongkong ini
bergetarlah nadi Muhammad sejernih air zam-zam
di bumi fana-Mu Tuhanku.

( e-sastera.com )
15.4.2010 -Khamis.
Eziz Shukman,
Penjara Kajang,
Selangor.